
Cerita dan al-kisah mengenai projek i/c sebelum ini tenggelam ke dasar Laut Cina Selatan tatkala Pilihanraya Umum 12 Malaysia berakhir, belum pun sejuk berita hangat Laporan Dr. Jefferry Kitingan serta bukti kepada pihak polis Sabah mengenai perilaku serta amalan rasuah Ketua Menteri kita sekarang iaitu Datuk Musa Aman.....projek I/C alaf baru semakin menjadi-jadi.
Setiap kali pejabat pendaftaran yang merekodkan dan mengeluarkan sijil kelahiran, kematian dan MyKad anak-anak berusia 12 tahun di bangunan Wisma Dang Bandang (dahulu) dan kini di bangunan Persekutuan Baru di Jalan Sulaman, ramai individu serta kumpulan yang identiti mereka diragui.....dilihat berpusu-pusu malah bertolak-tolakan masuk untuk mendaftarkan diri. Dalam bas mini atau van mini, terdengar cerita dan perbualan hangat mengenai kaedah pendaftaran diri di Sabah.
Kata mereka, "alah senang saja kita mahu mendaftar diri. Aku kenal si polan bin polan yang boleh tolong kalau bagi RM 400. Nanti kita jumpa dia di sana. Alah kalau susah-susah pun, boleh minta si polan binti polan tolong rekeman anak kita tuh. Si polan tuh sama bangsa sama kita, senang lah".
Dewasa ini, projek i/c bukan lagi satu isu yang besar bagi si pendatang asing kerana mereka sudah mengorak langkah untuk mempastikan keturunan mereka memperolehi kewarganeraan serta taraf status bumiputra di masa akan datang. Begitu rapi perancangan projek i/c yang dijalankan mengikut fasa-fasa tertentu agar tidak berlaku kepincangan dalam projek mereka ini. Malah wujud kerjasama dengan kelompok sebangsa yang lain untuk sama-sama menjayakan projek i/c alaf baru ini. Alah sama-sama cari makan bah.
Apakah langkah-langkah permulaan yang mesti diambil-kira dalam menjayakan projek ic ini? Kita senaraikannya seperti di bawah ini :-
01) menukar identiti dengan nama serta asal-usul yang serba baru
02) mencari "mangsa buruan" yang boleh dibeli untuk menjadi keluarga angkat dan sebagai jaminan berbentuk sumpah berdokumen
03) menjauhkan diri dari mempunyai rekod jenayah, kalau tidak pun mencari lubang untuk menghapuskan bukti jenayah diri
04) bersikap "bermuka-muka" atau "tebal muka" untuk mencari pengaruh serta "kawan" yang boleh diharap dalam usaha me-warganegara-kan diri
05) mempastikan anak cucu mengambil apa jua peluang sedia ada biarpun terpaksa menghabiskan ribuan ringgit, asalkan mempunyai rekod penglibatan sejak lahir hingga umur 12 tahun
06) bersedia mengubah sebarang maklumat dalam rekod yang berkaitan pendatang asing seperti ciri-ciri bangsa dalam sijil kelahiran
Apabila langkah-langkah tersebut dan beberapa siri perancangan kecil yang penting dijalankan dengan jayanya, maka projek i/c alaf baru boleh dimulakan. Di mana hendak mencari cacat-celanya mahupun info maklumat yang mengaitkan diri pemohon dengan pendatang asing jika permohonan yang disertakan adalah lengkap beserta rekomen ahli politik berpengaruh.

