Saturday, August 9, 2008

Rakyat Tempatan "PEMALAS", PTI pulak "PERAMPAS"

Masyarakat tempatan Sabah sering-kali mencopkan pendatang tanpa izin (PTI) sebagai perampas hak milik orang tempatan, dan PTI pulak tak segan-silu mencopkan orang tempatan Sabah sebagai pemalas dan pemabuk....jadi sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut?

Sebenarnya dua-dua pun benar dan apabila terjadi tuduhan sebegini, maka terjadi pertelingkahan kaum dan etnik yang tak kunjung habis. Di mana rasionalnya dan apakah jalan penyelesaian yang terbaik?

Fakta sejarah memperlihatkan bangunnya suatu bangsa pandatang asing menimbulkan polemik perkauman dan politik. Apabila situasi sebegini wujud di Sabah, maka di situ timbul ketidak-puasan hati si "tuan rumah" dan "perumah" nya.

Tetapi gambaran ini jelas menunjukkan bahawa sikap toleransi perlu wujud untuk menyeimbangkan populasi penduduk Sabah dan keperluan ekonomi Sabah. Kita perlu bertolak-ansur untuk mencapai kemajuan apatah lagi di kala ekonomi negara membangun dengan pesat.

Persepsi PTI yang mengatakan anak watan dan anak jati Sabah sebagai pemalas perlu disingkirkan kerana ianya akan mencetuskan amarah rakyat tempatan apatah lagi mereka ini lah tuan rumah yang anda duduki sekarang.

Tuduhan sebegini tidak lah benar pada skala besar-besaran malah jika kita melihat di beberapa daerah yang majoritinya adalah etnik KDM, Sungai, Bajau atau Melayu Brunei seperti di Papar, Bongawan, Penampang, Ranau atau Kota Belud...masyarakat tempatan masih lagi terlibat secara pro-aktif dari peringkat bawahan hingga atasan untuk mengusahakan bidang pertanian, perniagaan dan akademik dengan tekunnya.

Berapa ramai anak-anak generasi kini yang agak berjaya di dalam dan luar negara. Malah dari tinjauan yang dilakukan, pekerjaan kelas bawahan seperti pembantu kedai, petani atau pekerja kontrak masih lagi dikuasai orang anak-anak jati Sabah di kawasan yang saya maksudkan.

Jadi, dimanakah silap dan salah anak-anak kita ini sehingga dicop sebagai pemalas atau pemabuk oleh bangsa-bangsa PTI yang agak berjaya hasil dari bantuan kita sendiri suatu ketika dahulu?

Mungkin kerana kita rakyat tempatan tidak begitu memperdulikan jatuh bangun bangsa-bangsa PTI sehingga kita tersedar dek diketuk kuat di kepala kita, mereka sudah boleh bersaing dengan kita.

Pandangan dan tuduhan orang tempatan juga yang mencopkan bangsa-bangsa PTI ini sebagai perampas hak milik anak watan Sabah tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Mengapa PTI boleh bangun pesat kini? Ya, ianya dari tindakan kita yang hanya tahu bercakap kosong tetapi tidak melaksanakannya.

Saya melihat faktor-faktor yang positif yang ada pada setiap individu bangsa PTI ini yang jelas menunjukkan mereka ini memiliki sifat rajin, tabah, berani. Inilah kelemahan anak-anak watan sabah kita, iaitu tidak memiliki sifat-sifat positif ini.

Di belakang rumah saya sendiri, ramai pendatang berbangsa Tator Indonesia yang memiliki dokumen Pasport mengusahakan kebun-kebun sewa secara besar-besaran. Di mana anak-anak kita di kala mereka ini bekerja keras membajakan tanah yang disewa dari orang tempatan hingga mampu menjana pendapatan harian yang tinggi?

Namun persoalannya, mengapa begitu pantas sekali pencapaian mereka ini? Di sini, banyak persoalan boleh ditimbulkan dan dipersoalkan.

Isu yang sebenar bukanlah kepada rasa kebencian dan dengki akan pencapaian bangsa PTI ini tetapi kepada masalah sosial negara yang melibatkan keselamatan negara dan kependudukan rakyat Sabah.

Apabila isu PTI ini sering-kali saya bahaskan, maka wujud lah suara-suara yang tidak puas hati dari kalangan PTI mahupun PDI terutamanya dari kalangan etnik Bugis walhal jelas hala tuju perjuangan saya ini ke arah PTI.

Perjuangan ini mewakili seluruh pelusuk masyarakat Sabah yang mahukan ketelusan dalam status pendatang ini. Kita tidak menolak keperluan kepada tenaga kerja asing apatah lagi dari negara jiran seperti Indonesia atau Filipina tetapi penekanan kepada kawalan jumlah dan keperluan mereka yang dibahaskan.

Kita memerlukan bantuan dan sokongan dari pekerja-pekerja asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri secara sah seperti Permit kerja atau Passport tetapi kita tidak memerlukan penceroboh PTI yang hanya mahu mencari duit saku untuk diri mereka sahaja.

Keperihatinan kerajaan Malaysia kini yang menggembleng tenaga untuk mengatasi isu kebanjiran PTI di Sabah jelas menunjukkan bahawa itulah suara ramai atau majoriti masyarakat tempatan Sabah. Jelas, majoriti rakyat tempatan Sabah mahukan isu PTI ini sama ada yang menceroboh masuk atau diberi kerakyatan percuma Sabah melalui projek I/C atau sindiket-sindiket jenayah, ditangani dengan segera dan secara mutlak.

Rakyat tempatan risau akan kemajuan pesat yang ditunjukkan oleh mereka apatah lagi yang mendapat I/C Projek, akan suatu hari nanti merampas ketuanan mereka pada skala besar-besaran.

Kita melihat kepada banyak sampel individu yang memperolehi I/C projek dan berjaya memiliki kehidupan yang mewah, seterusnya memberi kesinambungan dari anak-cucu mereka. Jalan kejayaan yang ditempuh mereka banyak melanggar protokol perundangan Malaysia dan membelakangkan isu halal-haram.

Seperti dalam artikel saya yang saya jadikan contoh, seorang sahabat berbangsa Bugis memiliki surat beranak palsu memasuki pasukan PDRM dan berjaya menjawat jawatan Inspektor. Apakah kejayaan beliau ini boleh ditafsir sebagai kejayaan "halal" menurut perspektif undang-undang negara mahupun syariah agama itu sendiri?

Jika individu-individu yang tergolong sebangsa dan senasib dengan sahabat itu menafikan jenayah tersebut malah menyokong tindakan sebegini sebagai "sumbangan" kepada negara, apakah isu jenayah malah isu halal-haram boleh diketepikan semudah itu? Jika pemikiran PTI sebegini, maka sudah jelas niat dan cita-cita mereka.

Sebenarnya tidak susah untuk mencari kekayaan di bumi Sabah ini asal sahaja anda berani untuk memperolehinya melalui jalan yang sepatutnya. Saya mempunyai beberapa sahabat yang berasal dari Indonesia dan Thailand yang datang ke Sabah mengikut format perundangan yang ditetapkan, kini tersenyum lebar kerana memiliki kehidupan yang berjaya. Individu-individu seperti inilah yang sepatutnya boleh wujud bersama dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Gejala yang kian kenampakan dewasa ini pulak bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana PTI berusaha dengan gigihnya untuk memperolehi sesuatu bukan hak milik mereka melalui unsur-unsur rasuah. Di sinilah, isu bangsa Bugis PTI atau projek I/C sering diperkatakan oleh orang ramai.

Mungkin disebabkan kupasan saya lebih tertumpu terhadap isu bangsa Bugis PTI tersebut, menyebabkan ramai masyarakat tempatan Bugis marah dengan saya. Saya ingin memohon maaf di atas perkara tersebut tetapi saya juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa perjuangan saya ini adalah kepada isu PTI dan Projek I/C.

Kemakmuran hidup bersama di kalangan pelbagai etnik di Sabah mestilah seimbang dan sekiranya wujud ketidak-seimbangan tersebut hasil dari jalan "mudah" yang diambil oleh mereka, maka tercetuslah konflik.

Satu contoh mudah yang berlaku di Kota Kinabalu, orang ramai terutamanya dari kalangan etnik Cina sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati akan gejala pemandu-pemandu teksi yang beroperasi sekitar K.K. Menurut mereka, jumlah pertambahan pemandu-pemandu teksi berbangsa Bugis tidak selari dengan peruntukan kuota Jabatan Pengangkutan Jalanraya Sabah.

Mereka mempertikaikan status pemandu-pemandu teksi ini kerana jelas dari dialek percakapan mereka, jelas mereka bukan rakyat Bugis tempatan. Fakta ini diperkuatkan lagi dengan beberapa penangkapan bersiri oleh pihak polis dan JPJ Sabah yang menemukan ada kalangan pemandu teksi ini adalah PTI.

Bukan itu sahaja, undang-undang lalulintas sering diketepikan oleh pemandu-pemandu teksi tersebut dan kita ada melihat cetusan rasa Madam Wong dalam ruangan Forum Daily Express 2 bulan lepas yang ada menunjukkan bukti fizikal pemandu-pemandu teksi ini tidak memperdulikan undang-undang.

Persoalannya, mengapa kemajuan mereka sebagai contohnya dalam bidang pengangkutan Teksi dan Bas Mini terlalu mendadak. Hasil siasatan secara ringkas yang dibuat berdasarkan perbincangan dengan sahabat-sahabat berbangsa Bugis tempatan, mendapati mereka ini kebanyakkannya PTI. Unsur-unsur "jalan belakang" menjadi faktor penting kepada peningkatan mendadak pemandu-pemandu teksi Indonesia di Kota Kinabalu.

Bukan itu saja, orang ramai juga mencurigai status sebenar penduduk Bajau Filpina sekitar Pulau Gaya dan Pondo yang membanjiri kawasan kaki-lima sekitar Sinsuran, Segama, Bandaran Berjaya, Pasar Pilipin dan banyak lagi.

Apakah kita mengukur kejayaan mereka dari bilangan mereka berniaga sekitar Kota Kinabalu atau dari aspek wujudnya unsur-unsur jenayah yang dilakukan oleh mereka? Apakah peningkatan yang mendadak berbanding 10 tahun lalu, menyaksikan ekonomi kecil-kecilan sekitar kaki lima dan di Pasar Ikan serta pasar Pilipin Kota Kinabalu dikuasai mereka boleh ditakrif selaras dengan protokol undang-undang Malaysia?

Maka, saya merasakan sekiranya wujud persaingan antara mana-mana etnik di Sabah ini dibuat secara sihat tanpa melibatkan unsur-unsur rasuah mahupun unsur-unsur jenayah. Kehidupan aman-damai boleh dicipta sekiranya masyarakat tempatan pelbagai etnik berkompromi dan bersatu sebagai satu rumpun bangsa yang asli di samping mempertahankan ibu pertiwi Sabah kita dari pencerobohan asing.

Muhd Firdaus Abd
Pemudasabah

11 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?
Posted by Super Admin
Monday, 18 August 2008 13:20
Oleh: 'Deep Throat' Sabah

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

"CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya," ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong 'Khung Long' (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah modern, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi 'Taiko' dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong 'Khung Long' atau yang digelar 'Dinosour' kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

"Satu sport rim keretanya sama nilainya dengan sebuah proton wira," ujar William, seorang mekanik yang menyelenggara keretanya sejak tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, hubungan antara Daud Tampokong dan Michael Chia terlalu rapat kerana mereka sering dilihat bersama di Shang Hai, Shang Zen, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Quang Zhou untuk menguruskan 'ang pau' untuk Musa Khan yang kebanyakannya dimasukkan ke dalam akaun Hajjah Rosmawati Haji Lasuki (Gundik Musa Aman) yang juga Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Yayasan Sabah.


NOTED: camana nak kata bumiputra pemalas, sedangkan semua dikawal oleh KM.. pikir-pikirkan le

Anonymous said...

antar je diorang balik, lepas 2, rampas kawasan2 tanaman2 kelapa sawit diorang 2, tubuhkan satu badan (NGO) sabah untuk menguruskan ladang sawit 2, hasil kira diveden kepada seluruh bumiputra sabah. kan bagus. jangan bagi kerajaan, buat macam yayasan sabah dulu time berjaya time, tiap2 tahun dapat RM200, ada juga. tapi bagi business ni, imbuhan ada besar juga. sawit le katakan. camana ok tak.

NOTED: KALAU ADA KOPERASI UNTUK BUMIPUTRA SABAH. TAKDA KENA MENGENA DENGAN POLITIK, KERAJAAN, KHAS UNTUK MEMBANTU KAUM BUMIPUTRA SAHAJA, KAN BAGUS. MACAM2 BOLEH DIBUAT. PIKIR2 KAN LE

Anonymous said...

tepuk dada dan tanya la selera. mau cakap bangsa tempatan malas dan pemabuk nda juga. mau cakap rajin dan inda minum pun inda juga.

kalu kita tingu org tua2 di pedalaman,fuh rajin pigi sawah,pigi kebun, tapi bila time minum dorang minum juga. yang pasti la kalu 90% masa dihabiskan untuk bekerja dan 10% tu minum berbaloi la. itu bukan pemalas.

PTI perampas pun sia rasa bukan 100% betul. kalu peluang tu ada tapi tiada yang mau rebut sia ingat inda salah la kalu dorang ambil tu peluang. tapi kalu peluang tu sudah direserve untuk satu kaum tapi ada juga urg yg tebal muka n melawan untuk tu peluang...ha tu yang digelar perampas tu.

Anonymous said...

Hi, apa yang saudara merapu ini. PTI perampas apa maksud anda? Mengikut undang-undang sekiranya and sudah bertaraf warganegara, anda bukan PTI. Yang jelas anda punya agenda yang kurang jelas. Apakah anda takut ramai PTI atau anda takut ramai Umat Islam mengatasi penduduk kristian di Sabah. Anda sebenarnya bukan takut PTI tapi takut orang Islam Kan?? Tanya Datuk Yong Teck Lee, kenapa dia bising-bising sangat. Bukankah di telah adalah penaja pengahapus umat Islam Yahudi melalui bebearapa gareja di Sabah? ANDA berpura-pura. Tujuan anda adalah untuk mengurangkan jumlah pewnduduk Islam di Sabah.Saya akan hantar maklumat ini pada 16 september kepada anda (KK Boy)

shoot-sniper said...

Saya rasa orang seperti andalah ini yang membangkitkan keadaan huru hara...Klu jahat,jenayah,rasuah nampaklah semuanya pada PTI.Cubalah kalau bercakap pasal jenayah,rasuah,kejahatan berdasarkan fakta dari pihak keselamatan. Membuta tuli sahaja awak ni bercakap.Pigilah awak lihat statistik jenayah,rasuah siapa yang banyak.

Anonymous said...

jangan gila lah kawan

Mappa said...

Assalamu Alaikum Wr.Wb

Seru juga topik ini...
Wahai sodara ku org Bugis yg dirantau...

"Dimana kaki berpijak disitu langit dijunjung"

"Resopa temmangingi naletei pammase DewataE"

Taro ADA Taro GAU

klo rindu kampung halam enaknya dengar lagu Bugis...Download ki disini dada liriknya http://mappadendang.blogspot.com

Selamat mendengarkan...

Anonymous said...

apa yang di katakan oleh saudara firdaus ada benarnya..sekarang ini kaum bumiputera semakin ketinggalan berbanding kaum pendatang terutama sekali kaum bugis yang kebanayakannya datang dari sulawesi..apa yang kita tak sedari sekarang kebanyakan mereka sudah menjawat jawatan tinggi di jabatan kerajaan malah populasi mereka lebih ramai kerana dasar kerajaan yang mengautamakan bangsa yang beragama islam.jika kita lihat di jabatan imigresen sendiripun mereka lebih ramai jadi dimnakah penguatkuasaan undang2 itu berlaku jika terdapat bias dlm jabatan.

Anonymous said...

pendatang perampas hak bumiputera memang betul juga semuanya bersangkut paut dengan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan bangsa yang beragama islam..jika kita lihat di politeknik sabah atau di uitm sabah sekalipun rasanya bangsa bugis dan suluk lebih ramai malahan kebanyakan pelajarnya datang dari kawasan sandakan dan tawau..keadaan ini rasanya sangat tidak adil jika sekiranya bngsa lain sprti bngsa KDM dikatakan mundur...kdg2 kerajaan yang tidak membantu malahan jika dilihat di bandar keningau sekalipun setiap pasar malam kebnyakannya di kuasaia oleh org2 ini..dmana kah bngsa KDM di sana..mereka hanya menjual sigup di tepi2 lorong...kita tanya sahaja siapa kaum yang lebih cepat maju di sabah tentula semua akan katakan bangsa bugis sebab mereka lebih bnyk berusaha dari bngsa bumiputera terutama KDM yang kebanyakan beranggapan maju padahal semakin mundur dari bngsa lain kerana sifat pemabuk mereka dan beranggapan seperti tuan.Pihak terlibat terutama PBT sepatutnya memberi peluang niaga kepada bngsa bumiputera tetapi jika dilihat di tamu2 mereka seolah olah memberi kelebihan kepada kaum bngsa lain berniaga sehingga menjadi saingan kpda bumiputera seperti yang berlaku di Tamu Tambunan di mana semakin ramai Timor yang menjual baranbgan yang sama dgn bumiptera d sana seperti hasil pertanian.kesimpulannya bangunlah wahai bangsa KDM yang semakin ketinggalan...

Anonymous said...

saya pernah menaiki bas dari bandar kk ke tanjung aru dulu di mana pemandunya seorang bangsa bugis..sewaktu dalam bas tersebut saya mendengar pemandu tersebut berbual dengan seorang penumpang yang sebangsanya.. mereka mengatakan pada masa dulu mereka seperti kadam di era 80an tetapi apabila mendapat IC projek yang mereka gelar perintah kasih semuanya berubah ..sekarang mereka telah menguasai sistem pengangkutan di sabah malahan mereka ketawa apabila mengatakan bangsa bumiputera sekarang menjadi kadam pula sebab hanya menjaga dan membersihkan tandas di bandar.Adakah kenyataan mereka benar..kita fikir-fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Saya memang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh En. Firdaus. Persoalannya, apakah punca utama yang menyebabkan PTI dapat merampas peluang pekerjaan atau perniagaan yang ada di Sabah.

Adakah disebabkan sikap orang Sabahan ini memang pemalas atau adakah ada masalah dengan sistem pentadbiran negeri sabah dimana mereka boleh mendapat IC secara senang lenang. Atau yang paling senang dikatakan adakah disebabkan keinginan pihak berkuasa yang gilakan wang di bawah meja. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua anak watan Sabah, bukalah minda anda dan janganlah masih tidur dalam era yang kian rancak.

Ubahlah sikap anda. Janganlah menjadi orang yang terlalu memilih pekerjaan kerana sikap tersebut akan membuka peluang kepada PTI untuk merebut peluang yang ada. Soal gaji juga merupakan salah satu faktor di mana majikan atau syarikat swasta suka menerima PTI bekerja dengan mereka.

Oleh itu, pihak majikan atau syarikat swasta juga harus memainkan peranan penting dalam isu PTI ini. Janganlah disebabkan PTI menawarkan gaji yang rendah, anak watan sabah menjadi penanam anggur yang anggurnya tidak pandai berbuah.

Pihak majikan haruslah memberi dengan baik dan anak watan sabah haruslah menerima dan mempamerkan usaha yang terbaik. Oleh itu, syarikat swasta dan anak watan Sabah haruslah berkerjasama dalam isu pekerjaan ini.

Tanamkan sikap rajin dan pandai mencari peluang yang ada di persekitaran kita pada masa ekonomi kita di sabah yang masih panas.

From: BestToYou.Kyo

Post a Comment