Parti Pakatan Rakyat Tawau menggesa kerajaan supaya me-narik balik pengumuman kenaikan harga minyak petrol dan diesel, ber-ikutan tindakan itu dilihat begitu membebankan rakyat terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Gesaan itu disuarakan oleh Ahli De-wan Undangan Negeri DAP Sri Tanjung, Jimmy Wong Sze Phin, Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Mohamad Tingka dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kalabakan, Datuk Dr. Haji Has-bullah Haji Taha, kelmarin.
Menurut mereka, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak amat mengecewakan rakyat di seluruh negara, ekoran harga barang-barang lain turut sama melambung tinggi hasil dari kenaikan harga bahan bakar itu.
“Kita adalah negara pengeluar minyak. Kenapa kita harus ikut harga pa-saran negara-negara pengimport? Sepa-tutnya harga yang kita nikmati adalah lebih rendah, sama seperti negara-negara pengeluar minyak yang lain,” kata Jimmy.
Beliau juga turut memberikan contoh harga minyak petrol di negara-negara pengeluar (pengeksport) yang menurutnya, jauh lebih murah jika dibandingkan harga yang ditetapkan oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini.
Antara contoh yang dinyatakannya ialah Bahrain (RM 0.87 seliter), Qatar (RM 0.68 seliter), Kuwait (RM 0.67 seliter), Arab Saudi (RM 0.38 seliter), Turkenistan (RM 0.25 seliter), Brunei (RM 1.19 seliter) dan Venezuela (RM 0.16 seliter).
Berikutan hal yang sama, Jimmy juga meminta kerajaan supaya menetapkan harga bahan bakar di negara ini mengikut harga negara pengeluar dan bukannya negara pengimport seperti Amerika dan sebagainya.
“Pendapatan rakyat di Amerika contohnya adalah lebih kurang USD 30,000 setahun. Sedangkan pendapatan rakyat di negara ini hanyalah kira-kira USD 6,000 setahun. Perbezaannya cukup jauh dan sebab itulah rakyat tidak harus lagi dibebankan,” tegasnya.
Sementara itu, Datuk Dr. Hasbullah pula melahirkan kebimbangannya kenaikan harga petrol dan diesel akan mengakibatkan berlakunya pelbagai masalah negatif lain seperti peningkatan kes-kes jenayah, penyeludupan dan rasuah.
Kata beliau, kesemua perkara terbabit tidak mustahil akan berlaku jika rakyat yang merasa terbeban hasil dari kenaikan harga minyak dan barang keperluan, terpaksa bertindak sedemikian demi memenuhi tuntutan keperluan seharian mereka.
“Kenaikan harga minyak dan barang-barang lain begitu membebankan mereka yang berpendapatan tetap. Tapi cuba kita fikir, bagaimanakah pula nasib mereka yang ketika ini berpendapatan rendah atau langsung tidak mempunyai pendapatan tetap?,” ujarnya.
Secara tidak langsung juga jelasnya, kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan turut mengakibatkan rakyat di negara ini sukar untuk menjadi rakyat yang progresif, lantaran ramai yang akan menjadi daif serta terseksa dengan situasi semasa yang berlaku.
Bagi Haji Mohamad Tingka pula, rakyat seakan-akan kini mengalami nasib ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ berikutan kenaikan harga petrol dan diesel telah menambah satu lagi penderitaan rakyat setelah baru-baru ini berlaku kenaikan harga beras.
“Sebelum ini beras naik harga. Sekarang minyak petrol dan diesel. Selepas ini semua perkara seperti pengangkutan, barang keperluan dan lain-lain perkara juga akan turut naik harga. Bagaimana nasib rakyat terutamanya yang miskin di luar bandar,” tambahnya.
Oleh yang demikian, beliau meminta kerajaan supaya menurunkan segera harga bahan bakar berkenaan memandangkan tindakan menaikkan harga bahan-bahan terbabit akan turut menyebabkan harga barang-barang keperluan lain melambung tinggi.
“Apakah ini ‘hadiah’ yang diberikan kerajaan kepada rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu?,” kata beliau.Sementara Yang DiPertua PAS Tawau Mohamad Husain pula meminta kerajaan supaya tidak menetapkan harga bahan bakar di negara ini mengikut harga pasaran di negara-negara pengimport.
“Kenaikan kali ini terlalu tinggi. Rakyat sebenarnya sudah cukup terbeban hasil dari kenaikan harga barang yang lalu. Kenaikan kali ini benar-benar memeritkan rakyat dan ia perlu dihentikan,” katanya.
Kesemua mereka berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama pemimpin dan ahli-ahli lain Pakatan Rakyat, ekoran isu kenaikan harga petrol dan diesel.
Semasa sidang media diadakan, kesemua pemimpin terbabit turut sepakat mendesak agar kemudahan dan elaun yang disediakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan ahli-ahli kabinet lain, ditarik balik secara serta-merta.
Ini berikutan kata mereka, wang yang dibelanjakan untuk tujuan itu adalah menggunakan wang rakyat dan para pemimpin berkenaan tidak seharusnya terkecuali dari merasai penderitaan rakyat, sekiranya harga minyak tidak diturunkan.

0 comments:
Post a Comment