Tuesday, May 20, 2008

PERUMAHAN "MEWAH" PENDATANG TANPA IZIN (PART 01)


























Hari ni saya beserta keluarga turun ke bandar Kota Kinabalu untuk ambil angin di samping mahu melapangkan fikiran. Sebelum tiba di bandar, saya sempat merakam perumahan "Mewah" yang dibina secara haram oleh pendatang tanpa izin.

Lokasi foto yang ditunjukkan adalah di Teluk Likas, Likas bersebelahan Masjid Besar Likas. Walaupun banyak mata-mata si pendatang keparat ini yang memandang pada saya, saya beranikan diri juga untuk mendapatkan shot foto yang terbaik.

Apa nak takut...berani kerana benar!!! Lagi satu....saya terpaksa menahan rasa marah apabila melihat ada di antara rumah-rumah tersebut mengibarkan bendera BN seolah-olah kerajaan BN mengiyakan "tanah jajahan" pendatang haram ini.

Saya tahu ada pemimpin tempatan veteran yang melindungi mereka kerana mempunyai kepentingan politik.

Saya bercadang untuk mengambil dan mengumpul foto-foto perumahan "mewah" pendatang haram di seluruh Sabah. Hari ini punya, misi tercapai.

Saya bercadang untuk membuat laporan polis tentang KEWUJUDAN perumahan "mewah" ini (walaupun pihak polis sedia maklum kewujudan) setelah cukup info yang saya kumpulkan, cuma saya perlu lebih masa dan penyelidikan.

Pembaca yang mempunyai mana-mana foto mengenai pendatang asing ini, bolehlah berkongsi dengan saya dan hantarkan ke e-mail saya.

Muhd Firdaus Abdullah

3 comments:

Anonymous said...

Pelik...kebenaran sudah didepan mata tetapi tiada sebarang tindakan penguatkuasaan diambil, saya sangat peliklah akan hal ini, buta kah kerajaan negeri tentang masalah ini atau sengaja membutakan mata mereka. Saya percaya seperti yang dituliskan oleh sdr Muhd Firdaus mesti wujudnya kepentingan politik dan jika ini berlaku dalam kerajaan negeri sabah sekarang maka ianya adalah suatu malapetaka besar kepada anak jati sabah keseluruhannya dan tidak mustahil suatu hari nanti hak keistimewaan anak jati sabah akan dinafikan. Saya tidak nafikan juga dikalangan pemimpin di sabah sendiri ada yang bukan anak jati sabah sebaliknya cuma bertaraf penduduk tetap sahaja dan jika mereka bukan berasal daripada anak jati sabah maka kita boleh persoalkan sejauh manakah keikhlasan mereka ini. Hal ini patut dipandang serius oleh semua pihak khususnya pemimpin di kalangan anak jati sabah, bumi sabah ini milik kita jangan sesekali membenarkan pihak yang tidak sepatutnya menidakkan hak kita.

Anonymous said...

I think, same situation will happen when you become politician. You still need PTI for your building construction, factory industry and what so ever. why don't give idea how to improved those kampung. You don't know that a lot of this PTI doing well in their business, and benefit to the local as well. THINK About it on Positive way.

roslee mardan said...

En. Firdaus doakan saya menjadi Perdana Menteri atau Ketua Menteri Sabah. bila saya dah jadi PM atau KM, saya akan lantik En. Firdaus menteri keselamatan dalam negeri atau menteri di jabatan perdana menteri. Kita buat undang-undang halau semua pendatang asing kat sabah dan seluruh malaysia ini.

Saya gurau saja en firdaus.

TQ.

Post a Comment