Thursday, May 29, 2008

LAPORAN POLIS TERHADAP DBKK ATAS ISU DOUBLE STANDARD RUMAH HARAM SETINGGAN


Pada petang tadi jam 3.50 petang, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing Kota Kinabalu, terhadap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengenai isu “Double Standard” terhadap status rumah setinggan.

Baru-baru ini, pihak penguatkuasa DBKK telah merobohkan kira-kira 300 buah rumah setinggan yang didirikan secara haram bersebelahan sebuah Mega-Projek iaitu One Borneo. Siasatan yang rapi dijalankan dan didapati bahawa rumah-rumah haram tersebut kebanyakan nya dihuni oleh pendatang tanpa izin.



Tindakan pantas pihak DBKK ini adalah ekoran dari kecurian beberapa palang besi menara SESB yang jatuh baru-baru ini dan mengakibatkan “Black Out” hampir 80% bekalan elektrik seluruh Sabah. Siasatan SESB juga mendapati bahawa si pencuri berkemungkinan datang dari kawasan rumah setinggan tersebut yang terletak tidak jauh dari menara yang dimaksudkan.

Syabas! Syabas! Itu lah yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan agar kestabilan hidup rakyat Sabah di masa akan datang terjamin.

Namun saya merasa pelik juga apabila mendapati kawasan rumah setinggan yang dibuat lebih kurang 10 tahun lalu masih “gah” berdiri tanpa ada suatu usaha bersepadu dibuat untuk merobohkan rumah-rumah ini. Kawasan yang saya maksudkan antara yang terkenal adalah di Teluk Likas, Tanjung Aru, Kolombong dan Kg. Sembulan.


Mengapa dan kenapa rumah setinggan yang sah 100% milik pendatang tanpa izin masih dibenarkan berdiri tanpa ada pihak yang berani hendak merobohkannya selama ini? Kalau hanya kerana takut, takkan pulak pihak penguatkuasa kita tidak takut berdepan dengan penduduk rakyat tempatan selama ini apabila rumah setinggan yang didiami oleh mereka dirobohkan.

Saya kesian melihat ada sahabat dan saudara kita, anak jati Sabah merempat di tanah air sendiri apabila rumah setinggan yang mereka dirikan dirobohkan sewenang-wenangnya tetapi dalam masa yang sama, perumahan “mewah” milik pendatang tanpa izin “dilanjutkan tempoh penyewaannya” ….itupun sewa percuma.



Saya paparkan rumah setinggan di kawasan Teluk Likas dan di Kg. Sembulan yang masih berdiri hingga hari ini walaupun sudah banyak kali janji diberikan oleh pihak DBKK untuk merobohkannya. SO, mengapa ada layanan double standard? Apakah campurtangan politik atau pengaruh daripada beberapa pemimpin tempatan yang mempunyai kepentingan politik di kawasan berkenaan menjadi taruhan masa depan anak cucu kita kelak?

Mereka mesti dihalau dan rumah setinggan tersebut mesti dirobohkan segera, sikap bertoleransi dan rasa kesian pada mereka sepatutnya tidak menjadi persoalan kerana mereka sudah dibiarkan di situ agak lama. Sayang sungguh kerana kawasan rumah setinggan tersebut mempunyai potensi besar untuk dimajukan dan dibangunkan apatah lagi kawasan tersebut adalah sebahagian dari pusat bandar.

Janganlah mereka dibiarkan sehingga menjadi satu lagi kawasan sepertimana yang berlaku di Pulau Gaya yang mana mereka kebal dari undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja sebab pihak berkuasa tidak berani mahupun tidak mempunyai kuasa untuk memantau mahupun bertindak di kawasan tersebut.


Sepatutnya kerajaan BN yang memerintah mesti merasa malu akan situasi ini kerana kemajuan bandar Kota Kinabalu diselang-seli dengan rumah setinggan pendatang asing. Impak dan implikasi kepada industri pelancongan sangatlah besar kerana tak kah malu kita, rakyat Sabah di kala pelancong-pelancong asing melalui kawasan setinggan Kg. Sembulan yang jelas kelihatan sepanjang jalanraya utama menuju ke Wawasan Plaza atau pun tatkala para pelancong mengambil gambar Masjid Besar Likas dan melihat jeleknya suasana rumah pendatang asing bersebelahan Masjid Likas tersebut.

Biarlah usaha saya ini menjadi perintis untuk mana-mana individu Sabahan yang lain untuk sama-sama mengembleng tenaga dan sokongan untuk memerangi kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah. Banyak lagi isu dan persoalan yang boleh diajukan untuk siasatan pihak berkuasa terutamanya pihak berkuasa tempatan dan pihak polis kerana saban hari kita melihat ada sahaja ketidak-adilan mahupun cabaran kepada institusi undang-undang negara yang dibuat oleh pendatang tanpa izin ini.

Muhd Firdaus Abd
Pemudasabah

7 comments:

Anonymous said...

syabas kerana anda berani!! Berani kerana menegakkab keadilan! Semoga anda dilindungi Allah selalu!!

Anonymous said...

Sdr, sya mengkagumi usaha yang sdr lakukan dalam mendedahkan isu-isu PTI di sabah. Hal ini perlu didedahkan supaya pihak berkuasa memandang serius perkara ini walaupun yang pasti isu ini sudah berlarutan hampir 30 tahun. Kita sebagai penduduk jati sabah patut bersatu menghimpunkan segala usaha bagi mencambah pelbagai idea, kritikan, cadangan atau pandangan yang bernas mahupun tenaga bagi memastikan kedaulatan dan hak kita tidak dicuri oleh 'perompak' yang bergelar PTI ini. Ironinya mereka yang ada kuasa dalam hal ini begitu sepi sekali, seolah-olah isu ini tidak penting bagi mereka. Pelik, kalau benar pemimpin di sabah adalah penduduk jati sabah kenapa dengan kuasa yang ada tidak digunakan sewajarnya, adakah isu ini mempunyai kepentingan politik boleh jadi. Saya terkejut apabila satu pendedahan baru-baru ini mengenai jumlah penduduk sabah (2005) telah mencecah 3 juta orang hanya dalam tempoh 4 tahun sahaja (anggaran statistik jabatan perangkaan malaysia pada tahun 2002 jumlah penduduk sabah lebih kurang 2juta orang. Hal ini tidak masuk diakal pikiran dan sangat mustahil, pertumbuhan hampir sekali ganda adalah tidak lojik. Mungkinkah hal ada kaitannya dengan projek IC/Mykad di sabah, boleh jadi juga.
Isu ini perlu diberi perhatian segera, penduduk jati sabah kita kena mainkan peranan lebih proaktif, bangkitkan suara dan laungkan ketidakpuasan hati kepada pemerintah, mereka harus sedar mereka dipilih oleh rakyat dan kehendak rakyat perlu didengari dan itu hak kita yang dilindungi oleh undang-undang.

Anonymous said...

sdr, sy bangga dengan keberanian saudara mendedah isu-isu PATI, cuma sy ingin bertanya kepada saudara, semua jenayah di sabah dilakukan oleh PATI kh?. tapi saya berani katakan bahaya pekerja sebagai buruk kasar yang membina bangunan kebanggaan saudara di sabah ini, adalah hasil keringat PATI. mungkin rumah saudara pun kali PATI yang buat.

Kebanyakkan PATI di sabah ni datangnya dari Filipina, saudara sudah lupa akan sejarah....siapakan sebenarnya pemilik sabah. Jumlah PATI sangat ramai di sabah...bukan sahaja di kota kinabalu malah seluruh sabah. saudara bayangkan kalau mereka ini bergerak untuk menentang kita, apa yang kita boleh buat. harapkan polis dan tentera...ooo tidak, kebanyakkan PATI ini adalah pejuang-pejuang dari Filipina yang memang terlatih menangkat senjata dan cukup berani. Kita yang di sabah ni, jangan angkat senjata...angkat pisau pun tidak pernah.

Saya sarankan isu ini sensitif, biarlah tindakan dan komen-komen saudara itu "bersopan" ibarat menarik rambut dalam tepung....

Please said...

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Sokongan penuh kepada saudara dari saya.

Anonymous said...

pukimalah kepada orang yang mengatakan bahawa Sabah adalah milik Filipina....FUCK YOU!!!!!!!!!!

Anonymous said...

pukimalah orang yang cakap Sabah milik Filipina....

Anonymous said...

berdasarkan sejarah,mmg sabah milik filipina.oleh sebab sabah sudah memasuki malaysia sekitar tahun 1950-an, filipina tidak layak untuk menuntut sabah. sekiranya filipina menuntut sabah dengan cara perang,saya sebagai anak asli sabah sudah bersedia untuk menumpahkan darah demi negeri tercinta.

Post a Comment