Sebenarnya saya merasa skeptikal di atas segala tindak-tanduk Datuk Anifah Aman selama ini di dalam usaha beliau mencanai serta membentuk kembali senario polemik isu pendatang tanpa izin di Sabah.
Mana tidaknya, kan beliau adalah adik kepada Datuk Musa Aman yang juga digembar-gembur sebagai “taukeh” kepada kerja haram “projek i/c”. Bila difikirkan secara teliti, kan hairan juga….takkan si adik cuba menjerumus si abang ke kancah bahaya.
Usaha beliau nampak seolah-olah “mulia” namun saya masih merasakan wujudnya konspirasi serta agenda tersembunyi yang cuba dimainkan untuk menyelamatkan karier politik Datuk Musa Aman serta menguatkan lagi pengaruh politik beliau di Sabah. Adik-beradik Aman Al-Pushtani akan dianggap “imam besar” oleh rakyat Sabah sekiranya masalah pendatang asing ini dapat dibendung serta diatasi walaupun pada dasarnya, mereka sekeluarga lah yang bertanggungjawab terhadap kemasukan pendatang tanpa izin secara keseluruhan ke Sabah dari zaman si pakcik mereka Datuk Haris Salleh hingga ke hari ini.
Dengan mengambil peranan sebagai orang yang pertama dalam usaha “menentang” pihak kerajaan pusat dengan menolak jawatan timbalan menteri pusat yang diberikan kepada beliau dan antara individu yang juga lantang bersuara dalam isu pendatang tanpa izin, lebih lantang dari sesiapa pun….Datuk Anifah Aman seolah-olah menampakkan dirinya sebagai “taiko” yang mewakili semua MP Sabah dalam sebarang isu yang ingin diketengahkan di dalam dewan parlimen.
Lebih-lebih lagi “watikah” lantikan tidak rasmi Datuk Anifah sebagai pengerusi Kelab Penyokong Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Sabah menunjukkan beliau sudah pun memegang kuasa utama dalam barisan anggota parlimen Sabah. Siapa yang melantik beliau sebagai pengerusi BNBBC, tiada siapa pun tahu apatah lagi MP Tuaran Datuk Wilfred Bumburing sendiri juga merasa terkejut dengan lantikan Datuk Anifah tersebut di luar pengetahuan beliau tapi yang saya pasti, ini adalah satu langkah yang sangat bijak di dalam mempastikan Datuk Anifah menguasai semua MP Sabah dengan bantuan beberapa ahli MP veteran tidak memegang apa-apa portfolio dalam kabinet.
Usaha DAP dalam mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk isu pendatang haram di Sabah pada pada dasarnya disokong oleh kebanyakan MP Sabah apatah lagi yang benar-benar telus dalam perjuangan menentang kehadiran pendatang asing di Sabah selama ini. Tetapi peliknya apabila Datuk Ronald Kiandee menolak usul yang ingin dikemukakan oleh Datuk Lim Kit Siang (DAP) dengan alasan ianya tidak kena “timing “, sudah nampak di situ wujudnya satu usaha dalaman yang menidakkan sebarang campur-tangan politik dari pihak parti pembangkang.
Cadangan Datuk Anifah Aman dengan konco-konconya untuk menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bukanlah satu benda yang baru dan harus dibanggakan kerana sebelum ini pun, sudah wujud suatu bentuk jawatankuasa yang serupa yang akhirnya “terkubur” kerana tidak mempunyai sebarang kuasa apatah lagi menentukan polisi dalam undang-undang menangani isu pendatang tanpa izin di Sabah.
Soal saya, mengapa perlu dibangkitkan isu lapuk yang gagal ditangani suatu ketika dahulu? Kenapa pulak mesti Datuk Anifah & Co. berkeras menolak usul yang mahu dikemukakan oleh DAP yang rata-ratanya mendapat sokongan dari kalangan pemimpin tempatan Sabah hingga rakyat umum? Lagi satu, mengapa pulak tiba-tiba Datuk Anifah mempromosikan dirinya dalam isu ini walhal selama ini dengan selambanya, tidak pun mahu memberi sebarang komen terhadap isu pendatang asing di Sabah?
Ramai individu di luar sana yang sudah lama menyuarakan isu ini dan mereka ini tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan nasib anak watan Sabah, sebagai contoh Dr. Chong Eng Leong dan Datuk Dr. Jefrrey Kitingan. Mengapa pulak adik Datuk Musa Aman pulak yang lantang bersuara? Hairan binti pelik.
Saya merasakan ini hanya satu helah politik adik-beradik Aman Al-Pushtani dalam mempastikan diri mereka sekeluarga tidak terjerumus ke dalam isu ini kelak. Aduh, kan hebat sekali perancangan rapi dan muslihat yang dirangka oleh adik-beradik ini.
Namun mereka tidak menyangka, ada suara-suara dalaman yang menentang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam bentuk ahli-ahli parlimen Sabah PBS, UPKO dan PBRS. Kalau tak percaya, tanya saja Datuk Wilfred Bumburing atau Datuk Bernand Dompok. Malah laporan dari Persatuan Pengguna Sabah/Labuan, CASH (klik di sini) turut mempertikaikan motif di sebalik tindak-tanduk Datuk Anifah tersebut.
Datuk Bernard Dompok yang pernah dipertanggungjawab memikul beban sebagai pengerusi jawatankuasa serupa suatu ketika dahulu sudah muak akan tingkah-laku si Anifah Aman apatah lagi mencadangkan penubuhan jawatankuasa yang pastinya tidak akan mendapat kerjasama dari abangnya, Datuk Musa Aman.
Jika pun Jawatankuasa Terpilih Parlimen tersebut berjaya ditubuhkan, apakah kita akan nampak atau dengar sebarang kejayaan dari tindakan bersepadu Jawatankuasa terpilih? Lagi satu, mungkin sahaja memakan masa bertahun lamanya untuk benar-benar melihat setakat mana misi jawatakuasa tercapai. Tetapi saya lebih berminat terhadap dasar-dasar utama yang akan menjadi tonggak kepada agenda jawatankuasa tersebut.
Apakah penubuhan jawatankuasa terpilih sekadar menyiasat isu “projek i/c” yang tentunya tidak dipersetujui oleh rakyat Sabah umumnya atau juga diberikan kuasa mutlak dalam menangani isu pendatang tanpa izin? Kita rakyat Sabah ingin melihat perubahan secara menyeluruh walaupun memakan masa yang lama, asalkan ada tindakan berterusan yang boleh dilihat oleh mata kasar rakyat.
Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang menekankan aspek unit penguat-kuasaan sama ada dari Jabatan Pendaftaran Sabah, pihak polis mahupun pihak Imigresen. Usaha bersepadu secara berterusan perlu diperhebatkan dalam mana-mana operasi membanteras pendatang tanpa izin di Sabah. Kerjasama antara unit penguat-kuasaan dengan jawatankuasa atau suruhanjaya terpilih yang bakal ditubuhkan dilihat sebagai kunci kepada kejayaan usaha semua MP Sabah tersebut kerana sekiranya ada campur-tangan dari pihak atasan sama ada dari dalam kabinet Sabah mahupun kabinet pusat yang menghalang kelancaran operasi disebabkan kepentingan politik pihak-pihak tertentu, maka tiada guna ahli parlimen membuat “bising” sekadar melepaskan batuk di tangga.
Dalam masa yang sama, saya juga ingin melihat mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang ditubuhkan diterajui oleh pihak berkecuali tanpa campur-tangan politik dari mana-mana pihak apatah lagi dari pihak kerajaan pusat. Sekiranya Datuk Anifah Aman atau kroninya diberi tanggungjawab menggalas kepimpinan jawatankuasa tersebut, maka sudah pasti si pendatang asing takkan dihalau dari bumi Sabah sampai bila-bila pun.
Akhirnya, matlamat awal tidak akan mencapai sebarang misi yang dirancang….jadi kan kita, rakyat Sabah juga yang rugi akhirnya. Di dalam isu ini, saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik…cumanya, saya akan sokong mana-mana usul atau cadangan munasabah yang boleh dipraktikkan secara telus dan mencapai matlamat serta objektif seperti yang kita lihat pada kejayaan Suruhanjaya Siasatan Kes Video Linggam tak kira siapa pun yang menjayakannya.
Muhd Firdaus Abdullah
Pemudasabah

0 comments:
Post a Comment