Saya ada menerima e-mail dari seorang hamba Allah yang inginkan penjelasan dan saya merasakan soalan serta pandangan yang beliau berikan amat kritikal di dalam menjawab persoalan pencerobohan pendatang asing. E-mail hamba Allah tersebut adalah seperti berikut :-
Assalam, En. Firdaus.
Wa'laikummusalam adik.
Pertama sekali biarlah sy perkenalkan diri sy. Sy merupakan pelajar UiTM dan En. Firdaus pernah/sedang mengajar kelas kami. Tetapi biarlah sy berselindung atas nama anonymous buat masa ini. Sebagai seorang manusia yg berdarah bugis tentu sekali tiap artikel En. Firdaus membuatkan sy sakit hati membacanya. Ttp sy tahu itulah sebaik2 perjuangan anak jati sabah menentang PTI di bumi ini.
Terima kasih adik. Untuk pengetahuan adik, saya sudah lama tidak mengajar di UiTM dan kini saya bergiat dalam dunia perniagaan.
Sy ada 1 soalan y ingin d tanya kepada En. Firdaus. Soalan sy:-
Jika diberikan peluang, apakah cara terbaik bagi En. Firdaus lakukan kepada anak2 pemegang 'ic projek'? Dalam situasi ini, tidaklah boleh meletakkan 100% kesalahkan kepada manusia generasi ke-2 ini. Mereka dilahirkan d Sabah, ada sesetengah y masi mahir berbahasa bugis tetapi telah mempunyi 'pelat' sabahan. Dan y paling penting anak2 generasi ke-2 ini telah menunjukkan kesetiaan kepada negeri Sabah dgn tidak berbelah bagi.
Persoalannya adik, bagaimana hendak menunjukkan adik mempunyai kesetiaan tak berbelah bahagi kepada negeri Sabah? Apakah adik pernah berdepan dengan situasi di mana kesetiaan adik dipersoalkan? Jika berlaku satu situasi sebegini, .....ada saudara-mara adik melakukan kesalahan menceroboh perairan Sabah dan mencari perlindungan di rumah adik. Kemudian mereka ini melakukan usaha pelbagai cara untuk memastikan mereka dan anak-anak mereka mendapat keselesaan hidup di Sabah tak kira kaedah yang dipakai itu adalah bertentangan dengan undang-undang dan peraturan Sivil Malaysia atau tidak. Di mana adik hendak letak kesetiaan adik jika berlaku situasi sebegini?
Lagi satu situasi, jika adik cuba memohon atau mendapatkan peluang pekerjaan atau peluang belajar di menara gading.....bolehkah adik menyatakan status sebenar adik dalam ruang kosong pada borang permohonan adik tersebut? Tentu sukar kan kerana hakikatnya jika adik melakukan suatu perkara yang benar, maka adik tentu tidak berpeluang untuk merebut peluang tersebut. Sebab itu saya berani katakan ramai ibu-bapa pendatang asing serta pendatang asing itu sendiri mencuba pelbagai cara untuk melakukan penipuan kepada info Sijil pengenalan diri mereka agar berpeluang merebut apa jua peluang yang wujud di bumi Sabah ini.
Saya mempunyai kedai Fotokopi walaupun kecil tapi saya berbangga dengannya di samping kedai Printing dan kedai-kedai lain, saban hari saya menerima pelbagai permintaan untuk menukar info yang terdapat pada Surat Beranak mereka malah ada yang lebih berani lagi membuat permintaan yang tidak masul akal iaitu meminta supaya dibuat sijil kelahiran palsu. Sebenarnya kalau saya tidak mengamalkan dasar "private & Confidential", sudah tentu saya serahkan pemilikan palsu dokumen tersebut serta melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Jika adik mampu berfikiran malah bertindak sebagai anak watan Sabah maka, tidak dapat dinafikan adik adalah antara individu yang layak mendapat kerakyatan Sabah namun untuk mempraktikkannya memerlukan pengorbanan yang besar dan "hampir" mustahil dilakukan.
Memang anak-anak yang lahir dari "Projek I/C" tidak harus dipersalahkan malah begitu juga dengan ibubapa anda kerana dalang sebenar kepada projek ini adalah anak watan sendiri. Tetapi itu tidak menjustifikasikan segala kesalahan yang pernah dilakukan apatah lagi dalam merampas hak "Kerakyatan" yang lebih berhak seperti rakyat berbangsa lain seperti India atau Cina.
Satu lagi adik, percakapan harian tidak boleh dianggap sebagai satu pencapaian untuk men"cop"kan diri seseorang itu anak watan atau PTI. Ya, saya sedar dewasa kini amat sukar untuk membezakan siapa pendatang dan siapa anak watan kerana kadang-kadang pertuturan harian tidak jauh bedanya namun ianya dapat dibedakan dari pergaulan sesama kelompok atau lebih tepat lagi, sesama bangsa.
Bagaimana hendak mengatakan diri sendiri itu rakyat tempatan jika mengamalkan konsep berkelompok dan bermuka-muka. Bangsa Bugis seperti juga bangsa Cina lebih cenderung untuk hidup berkelompok sesama sendiri dan ini akan mengundang permasalahan lain suatu hari nanti. Persepsi dari anak watan tetap akan sama jika kalian tidak mengubah cara kehidupan kalian. Dan kalian juga mesti mengamalkan sikap hormat-menghormati kepada bangsa peribumi Sabah. Tetapi bolehkah dibuat kesemua ini, mungkin ya tetapi hanya sebilangan kecil atau individu sahaja yang mampu melakukannya.
Setiap tindak-tanduk adik di atas gejala sebegini yang banyak berlaku dewasa ini akan memberikan jawaban yang tepat kepada adik di dalam menilai diri adik sebagai rakyat Sabah yang lahir di Sabah .
Ini boleh dilihat semasa abg sy menuntut d USM pinang. Abg sy telah menubuhkan persatuan anak2 Sabah USM tanpa mengira kaum dan agama. Apa y sy harapkan. En. Firdaus bolehlah menghentam PTI2 y mempunyai ic projek tetapi berilah keadilan kepada anak2 mereka kerana mereka juga adalah Sabahan.
Sebenarnya, diri adik dan rakan-rakan adik yang lain lah yang tahu menentukan dan mendapatkan keadilan bagi pihak penduduk sebenar bumi Sabah ini. Apakah tindakan yang sepatutnya mesti kalian ambil, tidak pulak saya ketahui namun berilah kewajaran yang munasabah kepada anak-anak watan Sabah.
Sebenarnya saya sendiri tidak memiliki jawapan tepat kepada persoalan bagaimana dan apakah tindakan yang sewajarnya diambul terhadap anak-anak PTI hasil dari projek I/C. Takkan mahu dikembalikan ke negara asal mereka kerana mereka lahir di Bumi Sabah akan tetapi jika tidak dilakukan sedemikian, maka polemik ini akan berterusan. Adalah juga tidak wajar kepada anak-anak tulen Sabah kerana hak mereka seolah-olah terpaksa dikongsi secara "Paksaan".
Sebab itu, saya mensyorkan agar dibuat satu bentuk jawatankuasa atau forum terbuka untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada permasalahan ini. Bangsa peribumi Sabah terkenal dengan keramahan mereka malah kesanggupan untuk hidup "BERMADU" dengan pendatang asing mahupun penduduk tetap bangsa lain mestilah diberikan pujian setinggi-tingginya.
Namun saya juga melihat ramai anak pendatang asing sudah begitu berani "mencabar" serta memperlekehkan kredibiliti bangsa peribumi apatah lagi bangsa KDM dewasa ini. Inilah bahaya nya situasi sekarang ini dan saya yakin, senario pergaduhan perkauman boleh berlaku jika tidak dikawal. So apakah tindakan yang sepatutnya mesti diambil oleh kedua-dua pihak dan persoalan ini mesti juga dijawab melalui kaedah yang aman dan harmoni.
Akhir sekali dik, sekiranya ditakdirkan ada perubahan terhadap polisi pemegang projek I/C yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun badan kerajaan yang diberi tanggungjawab maka kepatuhan kepada undang-undang negara perlulah dipatuhi oleh semua. Dan sekiranya, tiada apa yang berlaku....nasihat saya hanyalah tunjukkan kesetiaan anda yang mutlak kepada bumi tercinta kita Sabah, negeri di bawah bayu.


5 comments:
Assalamualaikum En. Firdaus, terimah kasih kerana memberi maklum balas terhadap persoalan y sy kemukakan. Walaupun ada beberapa pendapat En. Firdaus y sy tidak setuju tetapi itulah hakikat manusia y mempunyai pandangan masing2.
En. Firdaus, bolehkan sy bertanya 2 soalan y mana soalan pertama ini tidak ada kait mengait dengan Bugis.
Soalan pertama, sy telah membaca semua artikel En. Firdaus dan sy boleh agak org y bertanggugjawab membawa En. Firdaus memasuki agama islam adalah bapa angkat En. Firdaus y berfahaman politik PAS. Maafkan sy kerana tidak ingat nama bapa angkat En. Firdaus dan maafkan jg sekiranya fakta sy silap.
Persoalannya. Kenapa En. Firdaus berdiri sebaris dengan umno/BN dan tidak dengan PAS? Bolehkan kiranya En. Firdaus memberikan sebab kenapa En. Firdaus hanya mengkagumi perjuangan PAS/PKR tetapi tidak menyokong perjuangan mereka (berdasarkan profile En. Firdaus).
Soalan ke-2,kenapa En. Firdaus tidak brdiri d belakang jeffrey kitingan y memang selalu bersuara mengenai projek ic/PTI. kan perjuangan jeffrey kitingan dan En. Firdaus sebulu. ini kerana sy pernah melihat komen En. Firdaus dengan nama pena pemudasabah memberikan komen dalam blog dato seri anwar d mana En. Firdaus begitu menghantam jeffrey kitingan
sekiran.
p/s: nama sy Hafiz. sy lebih senang dipanggil Hafiz dari adik. hehehe jgn marah En. Firdaus
Masalah ini sama seperti yang berlaku di semenanjung diantara melayu dan bukan melayu. Nak halau keluar tak boleh, terpaksalah berkongsi sampai hari ini... Tp masalah diatas tidaklah serius seperti semenanjung, setidak-tidaknya anda tidak dapat membezakan yang mana satu anak watan atau tidak kerana pertuturan yang lebih kurang sama, tetapi disemenanjung, ada bukan melayu (cina & india) yang tidak langsung tahu berbicara bahasa tempatan, walaupun sudah 50 tahun merdeka. Nanti ada yang sebut komen ini perkauman pula, terpulanglah, tetapi itulah realiti.
salam...
terlalu banyak yang tuan perkatakan dalam banyak hal.saya akui bahawa tuan seorang yang berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang.itu suatu yang luar biasa bagi sesetengah orang tapi bukan pada saya.maaf.
pertama-tamanya, untuk membezakan keintelektualan seseorang terbahagi kepada beberapa faktor dan alasan.saya bagi 2 saja pada penulisan kali ini.
1. teoritikal
- golongan ini saya samakan dengan tuan(sekali lagi minta maaf kalo terasa).ini kerana tuan terlalu banyak berkata-kata melalui banyak media tetapi tiada perlaksanaan yang tuan buat(sori). terlalu banyak teori tidak akan membawa apa-apa perubahan terhadap sesuatu perkara. saya ambil contoh DS Anuar Ibrahim yang bagi pendapat saya terlalu bersifat retorik seperti tuan.lihat sahaja kisah disebalik kehebatan DSAI dari zaman mahasiswa yg terlalu galak berceramah nak hapuskan AUKU tapi bila DSAI berada dipuncak kuasa (Menteri Pelajaran dan TPM) DSAI pula yang menghalang AUKU daripada dimansuhkan.(sifat itu je la yang lain tak) hanya pandai berkata-kata tetapi lemah dalam perlaksanaan.golongan sebegini hanya akan memporakperandakan masyarakat sahaja.lihat apa terjadi skarang ini.yang berusaha orang lain tapi tumpang glamor sahaja.
2. Praktikal
- xpayah saya ulas la. tuan pensyarah lebih tahu dari saya. buat (hand-on) baru dapat hasilnya. tapi xda dlm diri tuan. kalo setakat blog2 begini,sapa2 bole buat dan menghabiskan masa menghentam orang lain.perjuangan bukan secara teori tapi harus ada perlaksanaan berterusan.
istilah-istilah yang tuan gunakan juga kadang-kadang tidak sesuai dan bersifat provokasi yang saya rasakan tidak baik utk semua pihak.
atau pun memang tujuan tuan utk memprovokasi bagi menimbulkan perselisihan faham dikalangan masyarakat walaupun kononnya niat tuan baik dan bukan begitu tp tuan perlu lebih sensitif utk isu-isu tertentu.
adakah KDM itu penduduk asal sabah???menumpang jugak kan???
tuan cuba utk memdapatkan pengaruh drpd blog tuan utk tujuan politik dan medapat sokongan serta pengiktirafan drpd pihak-pihak tertentu.niat lain buat lain... mungkin tuan ada udang sebalik mee...atau saja mungkin tuan diupah ooleh pihak tertentu.???
maaf kalo terkasar bahasa.
selamat menyambut krismas..
Temberang saja ko ni hafiz bugis. Ko tahu kah yang bangsa kamurang tu lagi tidak tau malu (Mendarat pada tahun 1910 bah) mencuri hak orang sabah saja.
Mana ko tau KDM menumpang? sedangkan KDM memang anak-anak sabah.
Kalau suda bugis tu bugis la bah. budu balul
apahal..ko ni dusun DOGO..ko fikir bagus kah kutuk bangsa urang..macam ko tu..bagus sgt...tidak pernah saya dengar DUSUN KADAZAN DOGO ni pernah ada kerajaan di tanah kalimantan...uhuhuhhu...sen pen aku anak sama..tapi masih lagi mikir..pasal harmoni within amongs race(nah amik ko..campur sudah sama aku..ehehe)
Post a Comment